Showing posts with label anis farisya. Show all posts
Showing posts with label anis farisya. Show all posts

Thursday, 11 January 2018

Bunga Reflesia

Image result for bunga raflesia 

bunga reflesia adalah bunga yang terkenal dengan keunikannya kerana dikenali sebagai antara bunga yang paling berharga yang ada di dunia. Bunga Rafflesia ialah tumbuhan berbunga tunggal yang terbesar di dunia dan hanya dapat ditemukan di beberapa tempat di dunia ini.

Bunga Rafflesia diperkenalkan dalam dunia saintifik oleh Sir Stamford Raffles (Gabenor Syarikat India Timur), Lady Sophia Raffles dan Dr. Joseph Arnold (naturalis dan ahli fizik) apabila bunga ini ditemukan pertama kali pada tahun 1818 di Bengkulu, Sumatera, Indonesia.

Bunga yang ditemukan ini dikenali sebagai Rafflesia arnoldii, iaitu bersempena dengan nama penemunya. Tumbuhan ini dikatakan sebagai antara tumbuhan yang paling unik yang ada di dunia. Tumbuhan ini juga hanya dapat ditemukan di kawasan hutan hujan Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand. Hutan hujan tropika ialah kediaman pelbagai jenis tumbuhan menarik untuk dikaji selidik, selain menjadi tatapan pelancong.

Bunga Rafflesia ialah tumbuhan parasit yang hidup menumpang di pokok lain. Hal ini bermakna makanan dan nutrien tumbuhan ini diperoleh daripada perumahnya. Dari segi fizikal, bunga ini tidak mempunyai daun dan klorofil yang biasanya digunakan oleh kebanyakan tumbuhan untuk proses fotosintesis bagi penghasilan makanan. Bunga Rafflesia juga tidak berakar untuk tujuan penyerapan air.

Pokok,Sungai & Pantai

Pokok,Sungai dan Pantai merupakan alam semula jadi yang menjadi pilihan masayarakat kerana persekitarannya yang memberi impak dalam diri seseorang yang gemar mencari ketenangan dengan menikmati alam semula jadi .
Image result for pokokImage result for pokok
Pokok merupakan alam semula jadi yang mempunyai banyak manfaat yang diperlukan kerana dasar warna pada daunnya yang menghijau manghasilkan ketenangan serta sesetengah pokok mempunyai akar dan batang yang mampu merawat dan dijadikan ubatan untuk masalah kesihatan .

Image result for sungai 
 Related image
Sungai merupakan sejenis saluran air yang memanjang diikuti dengan batuan-batuan mengalir secara terus menerus dari hulu menuju ke hilir .


Image result for pantai 
Image result for pantai
Pantai merupakan kejadian alam yang secara telitinya menjadi kawasan atau tempat penumpuan bagi orang ramai menikmati keindahannya disertakan dengan pemandangan terbit dan terbenamnya matahari diwaktu senja yang menjadi tarikan pada mereka yang gemar bercuti di kawasan yang mempunya pantai .


FRIM KEPONG

Image result for frim kepong adalah


Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) adalah antara institusi yang terkemuka dalam penyelidikan perhutanan tropika di dunia. 

Ditubuhkan pada 1929, FRIM yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan menjadi sebuah badan berkanun sepenuhnya dengan ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) di bawah Kementerian Perusahaan Utama pada 1985. 

Sejak 2003, MFRDB dan FRIM dipindahkan ke bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Mulai 1 Oktober 2016, Akta FRIM telah dikuatkuasakan dan MFRDB digantikan oleh anggota Institut dengan tambahan empat orang wakil dari sektor korporat untuk membantu dalam usaha komersialisasi.

Image result for frim kepong adalah
Aktiviti-aktiviti penyelidikan FRIM dikendalikan mengikut bidang yang berikut:
  • Perhutanan dan Alam Sekitar: Membangunkan teknologi dan menyediakan penyelesaian untuk menyokong dan memastikan pengurusan mampan sumber dan perkhidmatan ekosistem hutan asli, bandar dan rekreasi.
  • Bioteknologi Perhutanan: Membangunkan teknologi dan produk berasaskan sumber kepelbagaian biologi (biodiversiti) hutan dan ladang herba untuk industri berkaitan melalui pendekatan bioteknologi.
  • Keluaran Hutan: Memberi tumpuan kepada pembangunan penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi (R,D&C) ke arah peningkatan ketahanan, hayat perkhidmatan dan penggunaan sumber kayu dan bahan-bahan lignoselulosa sedia ada untuk menghasilkan pelbagai produk yang berkualiti dan bernilai tambah tinggi.
  • Biodiversiti Hutan: Menyediakan dan membangunkan pengetahuan saintifik yang penting bagi melindungi biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem di Malaysia untuk pengurusan bijak dan mampan.
  • Hasilan Semula Jadi: Menyokong agenda bioekonomi negara melalui pemerkasaan industri berasaskan produk semula jadi dengan memastikan keselamatan bekalan bahan mentah bioaktif.
  • Ekonomi dan Analisis Strategik, dan Perhutanan Sosial: Menjalankan penyelidikan sosioekonomi dan analisis strategik mengenai isu-isu perhutanan dan alam sekitar untuk pembangunan negara.
Related image

Image result for frim kepong adalah



FRIM juga merupakan salah satu destinasi ekopelancongan yang paling popular di Malaysia. Kampus utamanya di Kepong menawarkan pelbagai tarikan dan aktiviti rekreasi untuk pengunjung termasuk jelajah denai alam, mandi air terjun, aktiviti pendidikan alam, tapak perkhemahan dan perkelahan, taman botani dan arboreta.

Monday, 8 January 2018

Taman Tasik Perdana

Bagi mereka yang tidak pernah pergi ke Taman Tasik perdana , cubalah datang kesini kerana  kawasannya yang dipenuhi dengan kehijauan dan tasiknya yang tenang.

Taman Tasik perdana juga menjadi tempat utama bagi para artis yang shooting disini kerana tempatnya yang cantik . bagi mereka yang menonton drama petang pastinya akan ternampak tempat ini .

Image result for taman tasik perdana

macamana ? mesti pernah lihat tempat ini dalam drama bukan ? buktinya kerana gubahan bunga-bunganya yang menimbulkan corak yang cantik membuatkan pengunjung gemar untuk datang ke sini . 

Image result for taman tasik perdana

Related image

Taman Tasik Perdana ini juga menjadi tempat untuk dijadikan gambar perkahwinan .

Image result for taman tasik perdana

Related image

Image result for taman tasik perdana




Taman Metropolitan ,Kepong

Taman Metropolitan kepong merupakan taman rekreasi yang berdekatan dengan rumah saya.kebiasaan taman ini menjadi tempat untuk meluangkan masa-masa terluang bersama keluarga mahupun kawan-kawan rapat .

Tempat ini juga menjadi tumpuan para pengunjung untuk menjalankan aktiviti seperti jogging,bermain layang-layang dan wau kerana faktor angin yang menjadi tempat utama orang ramai untuk bermain.Terdapat juga gerai-gerai jualan yang disediakan bagi mempermudahkan pengunjung untuk membeli makanan smbil menjalankan aktiviti beriadah bersama keluarga bagi merapatkan hubungan kekeluargaan .

Image result for taman metropolitan kepong

Image result for taman metropolitan kepong

Image result for taman metropolitan kepong
layang-layang yang dijual disediakan bagi mereka yang gemar bermain.

Related image

Taman ini juga sering menjadi tempat bagi remaja yang gemar bermain roller blade .

Image result for taman metropolitan kepong

tasiknya yang tenang pada dasarnya mempunyai ikan-ikan yang banyak sekiranya pengunjung memberi makanan. hal ini juga merupakan faktor pungunjung gemar datang ke tempat ini .
kebiasaan tempat ini menjadi tempat bagi pasangan yang bercinta mahupun yang sudah berkahwin kerana  suasana tasiknya yang tenang.




Gunung Irau,Cameron Highland

Gunung Irau merupakan gunung yang menjadi tarikan para pendaki yang cintakan keunikan gunung.Kebiasaannya,mereka yang gemar mendaki gunung mempunyai target-target dan misi-misi tertentu seperti ingin mengamalkan gaya hidup sihat serta menerokai keindahan alam disamping mampu menurunkan berat badan , mereka juga mampu mencari pengalaman melihat alam semula jadi .

Image result for gunung irau cameron highland





ini merupakan pengalaman kawan saya sendiri yang gemar menjalankan aktiviti mendaki gunung 

Taman Negara,Pahang

Taman Negara Pahang merupakan sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan. Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. 


Related image

Image result for taman negara pahang

Image result for taman negara pahang

Image result for taman negara pahang

bagi mereka yang menggemarkan aktiviti hiking or jungle trekking bolehlah datang ke taman negara kerana disini juga boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan tubuh badan serta menikmati keindahan hutan-hutan dan keistimewaan yang dipamerkan di Taman Negara ini. 


Rumah Panjang,Sarawak

Bagi mereka yang tidak mengenali identiti keunikan negeri Sarawak , rumah panjang merupakan imej kepada negeri ini yang tidak ada di negeri lain . kebiasaan rumah panjang dibina di tepi sungai yang menerapkan keindahan alam semula jadi yang mampu menjadikan tempat untuk mencari ketenangan fikiran .

Rumah panjang adalah tradisi kaum Iban yang terdiri daripada satu deret berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri dari segi keselamatan dan kebudayaan.
Seni bina rumah itu juga dikaitkan dengan dengan adat tradisi tempatan suku kaum masing-masing tanpa dipengaruhi masyarakat luar.
Malah Rumah panjang itu menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian dari Kepulauan Borneo.
Bumbungnya daripada daun rumbia dan jenis daun tebal. Dinding rumah berkenaan diperbuat daripada kulit kayu seperti terentang atau buluh yang dikelar serta dibelah.
Sementara lantainya pula menggunakan buluh, papan atau kulit kayu. Tangga rumah diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik dengan beliong dan dipanggil tangga takik.
Rumah panjang mempunyai 3 ruang iaitu tanju (serambi atau beranda terbuka), ruai (ruang terbuka) dan bilik.
Bahagian di atas bilik dan ruai dipanggil sadau (peran) sebagai tempat tidur anak dara di samping tempat menyimpan bijian dan perkakas.

Image result for rumah panjang sarawak

Related image

Taman Rama-Rama

Taman Rama-Rama merupakan tempat pemeliharaan rama-rama yang terletak di teluk bahang,Pulau Pinang



Taman ini mengandungi ribuan rama-rama yang mempunyai 50 spesies yang berbeza. Tempat ini juga menempatkan kala jengking, katak dan pelbagai jenis serangga. Bila sudah diklafikasikan sebagai taman rama-rama, sudah semestinya tempat penetasan rama-rama, makmal, ruang pameran dan kedai cenderamata diwujudkan


Taman Burung

Taman Burung merupakan salah satu tempat pelancongan yang menjadi tarikan kepada pelancong yang gemarkan keindahan dan keunikan burung-burung . kebiasaan Taman burung menjadi tempat yang sering dijadikan pilihan bagi ibu bapa yang ingin membawa anak-anak yang masih kecil untuk mengenali keunikan burung dan ibu bapa tidakperlu risau kerana burung-burung yang dipamerkan tidak takut dengan orang asing

Image result for taman burung

Image result for taman burung

mereka yang datang ke sini juga berkesempatan untuk memberi burung-burung makan .

Image result for taman burung




cuti-cuti Malaysia


Foto CUTI CUTI MALAYSIA.

Bagi mereka yang gemarkan bercuti ke sesuatu tempat , pastinya mencari-cari destinasi percutian yang menawarkan pelbagai pakej percutian yang mempunyai ciri-ciri tempat yang menarik dan penuh dengan keindahan alam semula jadi yang menjadi tumpuan para pelancong yang datang ke Malaysia .

Malaysia dikatakan mempunyai ciri-ciri destinasi yang menjadi tumpuan terutamanya di Pantai,bangunan bersejarah dan keunikan yang ada di Malaysia .

kebiasaan mereka yang mencari destinasi percutian gemar memilih sesuatu kawasan yang menawarkan pakej-pakej menarik dan menyediakan homestay/challet dengan harga yang berpatutan sebagai tempat untuk bermalam seperti gambar yang ditunjukkan ini.



Monday, 18 December 2017

Sungai Alam semula jadi

pemandangan air alam hutan air terjun sungai kecil gurun gunung sungai lembah aliran hijau perjalanan cepat pariwisata badan air tinggi pohon batu pegunungan keindahan wasserfall fitur air anak sungai Rumania landform tepi sungai sungai gunung sungai kecil fitur geografis Transfagarasan yang

Antara ciri-ciri alam semulajadi yang diketahui umum , sungai merupakan salah satu keindahan yang semula jadinya menjadi faktor atau tempat pilihan pengunjung yang gemar berkelah atau melakukan aktiviti beriadah . hal ini kerana persekitarannya yang damai menjadikan ia sebagai tempat utama untuk mendapatkan ketenangan daripada keunikan abstraknya dan bunyi aliran air yang mengalir serta warna kehijauan yang membawa ketenangan kepada jiwa para pengunjung .

Image result for sungai gabai
sungai gabai

Image result for sungai gabai

sungai juga sering dijadikan tempat perkemahan bagi perlajar-pelajar sekolah  untuk membina jati diri dan mencari pengalaman untuk membiasakan diri dengan kawasan yang lain.


Image result for sungai congkak






Sunday, 17 December 2017

Padi

Padi merupakan tanaman dagangan di Malaysia dan tujuan ditanam adalah untuk mendapatkan beras sebagai makanan ruji.Beras adalah bijian yang diperoleh daripada tanaman padi yang telah dikupas kulitnya.Terdapat dua jenis beras iaitu beras biasa dan beras pulut.Beras biasa menjadi sumber makanan utama,oleh itu beras ini lebih mendapat nilai dagangan sementara itu,penggunaan beras pulut adalah terhad untuk membuat kuih-muih sahaja.

Image result for sawah padi
Terdapat dua jenis padi di negara kita iaitu padi sawah dan padi huma. Walau bagaimanapun, hanya padi sawah yang diusahakan dan ianya amat sesuai diusahakan secara meluas dan ianya amat sesuai diusahakan di dataran mendap dan di delta-delta yang subur. Seperti yang kita tahu, tanaman padi banyak terdapat di Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu dan Perak. Tambahan lagi dataran Kedah dan dataran Kelantan sudah dikenali sebagai jelapang padi negara. 

keindahan padi yang meluas telah menarik minat pengunjung serta menjadi teras utama dalam menghasilkan gambar yang menarik . hal ini kerana kehijauan padi tersebut menghasilkan pandangan yang tenang serta lapang dek kerana mampu menjadi tempat untuk mencari ketenangan smbil melihat dari sudut mata . 

kebanyakkan pengunjung gemar memilih kawasan padi untuk dijadikan tempat penggambaran.

Related image

Related image

Related image

Related image

Related image



Friday, 8 December 2017

Zoo Negara

Zoo Negara merupakan suatu tempat pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian binatang .Zoo negara ini dibuka pada tahun 1963.dan sehingga kinidikendalikan oleh Zoological Society Malaysia.

Zoo negara ini terletak di Ulu Klang sekitar 13km dari Kuala Lumpur .Terdapat sekitar 5.000 haiwan dari lebih 400 spesis termasuk burung ,ikan,mamalia,reptilia.selain dari dapat menonton haiwan,terdapat juga persembahan yang dipamerkan bagi menghiburkan para pelancong dengan keunikan persembahan dari haiwan seperti orang utan dan singa laut .


Image result for zoo negara merupakan


Image result for zoo negara merupakan
Image result for zoo negara merupakan

Kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan

Keperluan hidupan manusia semakin bertambah dan pelbagai kegiatan dilakukan untuk memenuhi keperluan-kelerluan tersebut. Hutan di tebang un...