Wednesday 3 January 2018

Jenis-jenis kucing yang jarang dijumpai di dunia


 



     Assalamualaikum, hi! Hari ni saya nak share tentang kucing yang jarang dijumpai di seluruh dunia. It is because I love catssss so much 😍😍😍😂😂
Kucing merupakan sejenis haiwan berkaki empat yang comel dan sering dijadikan haiwan peliharaan di seluruh dunia. Gelagat mereka yang sering mencuit hati pemilik mereka membuatkan pemilik mereka sayang akan mereka dan sanggup mengeluarkan banyak perbelanjaan semata-mata untuk memastikan si comel sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan gembira.

  1. Black-footed cat
black footed cat
Black-footed cat atau kucing berkaki hitam merupakan sejenis kucing yang menghuni kawasan di wilayah Afrika Selatan. Kucing ini merupakan salah satu spesies kucing yang terkecil dan merupakan kucing yang terkecil di Afrika. Haiwan ini ebih aktif ketika waktu malam berbanding waktu siang. Hal ini menyebabkan kucing ini lebih sukar ditemui berbanding kucing-kucing yang lain.


      2.  Sand cat
kucing pasir bersama anaknya 
Kucing pasir yang juga dikenali sebagai sand cat ataupun sand dune cat merupakan kucing yang sebahagian besarnya dijumpai di kawasan padang pasir.  Kucing ini mempunyai taburan yang meluas dan dipisahkan oleh padang pasir Afrika Utara, Asia Barat, dan Asia Tengah. Sejak tahun 2002, kucing bersaiz kecil ini telah dikategorikan sebagai spesies terancam oleh  IUCN kerana bilangan populasi mereka yang semakin rendah setiap tahun.

     3.  Geoffroy’s cat

                                         kucing geoffroy 
Kucing Geoffroy adalah sejenis kucing yang ditemui berada di kawasan Amerika Selatan. Saiz kucing ini adalah sama dengan saiz kucing domestik biasa, dan Ia mempunyai bnyak tompok-tompok hitam di badannya. Purata berat badannya adalah 2-5 kg, dan yang paling berat pernah direkodkan adalah seberat 7.8kg.

No comments:

Kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan

Keperluan hidupan manusia semakin bertambah dan pelbagai kegiatan dilakukan untuk memenuhi keperluan-kelerluan tersebut. Hutan di tebang un...