Wednesday 10 January 2018

Taman Tasik Shah Alam

9/01/2018
fauzanaaaa97@gmail.com
Taman Tasik Shah Alam Seksyen 2

Bandar Shah Alam mempunyai pelbagai tempat rekreasi yang menarik. Walaupun dikelilingi bangunan tinggi dan dicemari dengan hiruk pikuk kenderaan yang tak pernah putus,bandaraya Shah Alam terkenal dengan tarikan tasiknya. Taman Tasik Shah Alam terdapat landskap yang indah dan menghijau, kawasan seluas 43 hektar ini turut menjadi habitat kepada hidupan air tawar dan burung undan, sememangnya ketenangan boleh didapati di Taman Tasik Shah Alam. Tasik Shah Alam ni berdekatan dengan bangunan PKNS,dan selalunya jadi port budak2 UiTM dan UniSEL.
              Banyak Aktiviti yang menarik di sini yang boleh mengisi hujung minggu anda bersama sama mereka yang tersayang. Antara sebahagian menarik yang boleh saya kongsikan adalah :)


Mengayuh Itik Mengelilingi Seluruh Tasik

Kalau tak mahu berkayak dan inginkan suasana yang lebih romantik, boleh pilih untuk menaiki bot itik..alah yang kayuh2 tu.. :)

  Menaiki Bot 

Mendayung Sampan Sambil Meninjau Sekitar Tasik 

Taman Permainan Bagi Kanak-Kanak

Aktiviti Berkayak Disekitar Tasik S.A

*Bagi yang gemar berkayak*, anda boleh juga berkayak di sini dengan kadar bayaran mengikut masa.
Antara kemudahan yang ada di tasik ni ialah trek jogging, restoran dan kafe, taman permainan kanak-kanak,kawasan rehat dan tempat parkir kereta dan motosikal.Suasana di sini memang damai dan menenangkan...sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan di kota Shah Alam.


'' AYUH! CERIAKAN HARI MINGGU MU ISIKAN MASA MU YANG BERMAKNA ITU BERSAMA KELUARGA UNTK BERAMAI RAMAI MELAKUKAN AKTIVITI SANTAI PETANG DI TASIK SHAH ALAM SEKSYEN ''

No comments:

Kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan

Keperluan hidupan manusia semakin bertambah dan pelbagai kegiatan dilakukan untuk memenuhi keperluan-kelerluan tersebut. Hutan di tebang un...