Tuesday, 9 January 2018

Kenali Daun Herba Hutan

9/01/2018
fauzanaaaa97@gmail.com
        Umum mengetahui bahawa tumbuhan herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Daun misai  Kucing dan herba seumpamanya empunyai pelbagai khasiat kesihatan. Ianya telah menjadi amalan pemakanan kesihatan turun temurun oleh datuk nenek moyang kita. Malah dengan adanya kaedah saintifik yang digunakan sekarang, banyak lagi tumbuhan sedemikian terbukti mempunyai khasiat kesihatan semulajadi.



Cekur 
Nama Saintifik: Kaempferia galangal
Famili: Zingiberaeceae
Nama Biasa: Cekur
Nama lain: Kencur
Lokasi dijumpai: Di pinggir hutan 
Keterangan
Sejenis herba dan tumbuh melebar di atas tanah. Daun licin, berbentuk tirus,tersusun padat dlm pasangan yang bertentangan. Hujung daun runcing,lebih kurang 16cm panjang,8cm lebar. Daunnya mempunyai sedikit aroma.Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga berwarna putih-ungu.Akar/rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning oren. Cekur bukan bahan penting dalam masakan
orang Malaysia tetapi berperanan besar dalam masakanIndonesia,Thailand, Vietnam dan India.


Cempaka telur
Nama Saintifik:Michelia Pumila/Talauma pumila Bl
Famili: Magnoliaceae
Nama Biasa:Cempaka telur
Nama lain:Dwarf magnolia,cempaka gondok,magnolia coco,egg magnolia
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar dan hiasan
Keterangan
Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya berbentuk bulat seperti telur dan mempunyai bau yang amat wangi terutamanya diwaktu malam. Ia boleh mencapai ketinggian antara 3-6 kaki (1-2 meter).Jika ditanam di dalam pasu ia perlu disiram setiap hari supaya tanahnya tidak kering. Tumbuhan ini tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi memerlukan cahaya yang cukup untuk membesar dan berbunga


Gandarusa
Nama Saintifik:Justicia Gendarussa linn
Famili:Acanthaceae
Nama Biasa:Gandarusa
Nama lain:Daun rusa(melayu), bo gu dan(cina),gendarussa(english)
Lokasi dijumpai:Tumbuhan meliar dan tanaman hiasan 
Keterangan:
Tumbuhan ini boleh dijumpai tumbuh liar di kawasan semak pada ketinggian 1-500 meter dari aras laut.Ia tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian hingga 2meter.Panjang daunnya lebih kura 5-20 cm dan daunnya dari jenis daun tunggal.Dua jenis gandarusa biasa dijumpai dan dibezakan oleh warna batangnya.Ada yang berwarna hitam dan ada yang berwarna hijau.Pokok berbatang hitam lebih popular sebagai ubat dari yang berbatang hijau.
Jarum Tujuh Bilah
Nama Saintifik:Pereskia sacharosa/saecnarosa
Famili:Cactaceae
Nama Biasa:Jarum tujuh bilah
Nama lain:Bintang tujuh,Pokok kanser,Chat sim Chan
Lokasi dijumpai:Tanaman hiasan
Keterangan:
Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar.Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus.Pereskia berasal dari Korea tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia,Thailand dan Indonesia.Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adala sinar matahari yang terang dan iklim tropika.Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004.Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi.Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah.Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.


Kacip Fatimah:
Nama Saintifik:Labisia Pumila
Famili:Myrsinaceae
Nama Biasa:Kacip Fatimah
Lokasi dijumpai:
Malaysia, Thailand, Indochina
Keterangan:
Kacip fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari famili Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar(pecahan akar). Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di Malaysia ialah :Labisia pumila var. alata, L.pumila var.pumila dan L. pumila var. lanceolata.Kacip Fatimah juga bergitu sinonim dgn kaum wanita , ia dpt mempercepatkan process kelahiran bayi disamping dapat mengembalikann kecerdasan selepas bersalin.
KegunaanMalahan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan wanita.

No comments:

Kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan

Keperluan hidupan manusia semakin bertambah dan pelbagai kegiatan dilakukan untuk memenuhi keperluan-kelerluan tersebut. Hutan di tebang un...