Wednesday, 10 January 2018

Air Terjun Hutan Lipur Kanching!!!!


   ''Air Terjun Hutan Lipur Kanching''

          Air terjun Kanching yang terletak di Hutan Lipur Kanching, Rawang, Selangor . Hutan ini diuruskan sepenuhnya oleh  Jabatan Perhutanan Selangor. Air terjun ini menjadi tempat sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga setelah penat bekerja. Berjalan-jalan sambil menikmati keindahan flora dan fauna ciptaan-NYA pastinya akan menghilangkan seketika kepenatan hiruk pikuk kota raya. 



Air terjun Kanching mempunyai tujuh tingkat air terjun. Bagi pencinta alam sekitar dan penggemar aktiviti lasak, anda boleh mencuba untuk mendaki ke puncak tertinggi untuk menikmati pemandangan yang indah disamping merasai kesejukan airnya yang pasti menyegarkan. Pemandangan di setiap tingkat ini begitu cantik , deruan air terjun , keriuhan dan kecantikan flora dan fauna begitu memukau para pengunjung.

Segala kemudahan seperti kedai makan , parkir kereta dan persalinan baju segalanya telah disediakan bagi para pengunjung dan pelancong yang datang ke Air Terjun Kanchiing ini.



Bukan itu sahaja Air terjun ini juga menyedia aktiviti sukan pada pengemar aktiviti ''Extrem''  seperti trail untuk trekking. Pada mereka yang pernah pergi sudah pastinya akan datang kembali untuk merasi keindahan ''forest'' Air terjun disini. Pada anda yang belum pernah kesini anda diwajibkan datang untuk merasai sendiri keindahan alam Air terjun disini.

 So tunggu apalagi? MARI!! MARI!!!!


No comments:

Kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan

Keperluan hidupan manusia semakin bertambah dan pelbagai kegiatan dilakukan untuk memenuhi keperluan-kelerluan tersebut. Hutan di tebang un...