Wednesday 10 January 2018

Pengenalan Pulau Penang


Pulau Pinang merupakan negeri di Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh selat melaka iaitu seberang pulau dan Seberang Perai dengan adanya jambatan dan feri di laut Prai, Glugor dan Bagan Dalam. Negeri ini juga merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia dan hanya negeri yang berpisah dua belah di Malaysia.

                                        Image result for pulau penang
Nama pulau Pulau Pinang ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang. Terdapat banyak pantai terletak di Pulau Pinang.
Pulau Pinang mempunyai KDNK per kapita yang kedua tertinggi, iaitu RM 33456 pada tahun 2010 di Malaysia selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu RM 55951.

                                       Image result for pulau penang
Negeri Pulau Pinang juga merupakan negeri majoriti penduduk Cina di Malaysia. Di sini juga menjadi Chinatown utama negara Malaysia. Larian Jambatan Pulau Pinang juga dianjurkan setiap tahun di Pulau Pinang ini. Perjalanannya ialah pergi dan pusing balik di atas jambatan jam bermula awal pagi. Lapangan terbangnya ialah lapangan terbang kedua sibuk bagi pesawat kargo di Malaysia. Sekolah Chung Ling di Butterworth dan Pulau Pinang sudah mahu mencapai 100 tahun.

No comments:

Kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan

Keperluan hidupan manusia semakin bertambah dan pelbagai kegiatan dilakukan untuk memenuhi keperluan-kelerluan tersebut. Hutan di tebang un...