Sunday 26 November 2017

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA

     Tahukah anda kawasan yang mengalami iklim monsun tropika terletak di antara garis lintang 10◦U/S dengan 30U/S. Ini meliputi India, Pakistan, Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Laos, Kemboja, Indonesia dan Thailand.

     Faktor-faktor yang mempengaruhi pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia menghubungkaitkan jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia dengan bentuk muka bumi, iklim, tanih dan saliran. Ia menyatakan jenis dan menjelaskan ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di kawasan gurun panas (SAHARA), Tundra (SIBERIA), Mediterranian (TURKI) dan Monsun Tropika (THAILAND).

     Negara kita sangat bertuah kerana mempunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi yang unik dan istimewa. Jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di negara kita termasuklah hutan hujan tropika, hutan gunung, hutan paya air masin, hutan air tawar dan hutan pantai. Setiap jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di negara kita tubuh di kawasan-kawasan yang berlainan. Taburan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi amat bergantung pada bentuk muka bumi, iklim, saliran dan jenis tanih.
Image result for Kawasan monsun tropika Thailand
Kawasan monsun tropika Thailand

KAWASAN MONSUN TROPIKA:

Kawasan monsun tropika Thailand merupakan salah sebuah negara yang mengalami iklim monsun tropika yang mempunyai satu musim kering dan satu musim lembap yang nyata. Minimum suhunya adalah 24◦C hingga 27◦C. Hujan tahunan antara 1000MM hingga 2000 MM.



HUTAN HUJAN TROPIKA:

Hutan hujan tropika mempunyai bentuk muka di kawasan kaki bukit dan cerun-cerun gunung dibahagian pendalaman Malaysia yang mempunyai ketinggian kurang daripada 1000M. Iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun dengan minimum 27◦C dan hujan tahunan sekita 2600MM. Hidup di tanih lateri dan tanih aluvium yang mempunyai saliran yang baik.


HUTAN GUNUNG:

Image result for hutan gunung
Hutan Gunung
Hutan gunung tumbuh di kawasan tanah tinggi melebihi 1000 meter. Kadar perubahan suhu iaitu 1◦C bagi setiap kenaikan ketinggian 165 meter minimum suhu di kawasan tanah  tinggi di negara Malaysia ialah 18◦C. Hidup di tanih lateri dan mempunyai saliran yang baik.


HUTAN PAYA AIR MASIN:

Hutan paya air masin tumbuh di kawasan rendah di pinggir laut atau muara sungai yang terdedah kepada air pasang. Iklim panas dan lembab sepanjang tahun, suhu 27◦C, dan hujan sekitar 2600MM. Hidup di tanih berlumpur, berpaya dan sentiasa menakung air.

HUTAN PAYA AIR TAWAR:

Hutan paya air tumbuh di kawasan pendalaman yang rendah, terutamanya di sekitar tasik seperti Tasik Bera dan Tasik Chini. Beriklim panas dan lembab sepanjang tahun, suhu 27◦C, dan hujan sekitar 2600MM. Hidup di tanih yang gambut, saliran buruk dan bertakung air.


HUTAN PANTAI:

Related image
Hutan Pantai
Hutan pantai tumbuh di kawasan rendah di pinggir laut. Beriklim panas dan lembap sepanjang tahun, suhu  27◦C, dan hujan sekitar 2600MM. Hidup di tanih yang berpasir. Mempunyai saliran yang baik.

No comments:

Kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan

Keperluan hidupan manusia semakin bertambah dan pelbagai kegiatan dilakukan untuk memenuhi keperluan-kelerluan tersebut. Hutan di tebang un...