Showing posts with label Zana Nazari. Show all posts
Showing posts with label Zana Nazari. Show all posts

Wednesday, 10 January 2018

Tasik Semula Jadi. Bera, Pahang

 9/01/2018
 fauzanaaaa97@gmail.com

APA YANG ADA DI BERA , PAHANG ???... 



                                        
                       Tasik  Bera merupakan sistem tasik air tawa semula jadi yang terletak di barat daya pahang ,Malaysia. Tasik ini terletak di pelana banjaran utama dan timur di Semenanjung Malaysia dan merupakan sumber sungai 


Tasik Bera merupakan tasik Air Tawa yang  terbesar di Malaysia , yang juga unik dan terpencil tasik ini di kelilingi hutan paya gambut yang dipenuhi pelbagai jenis kehidupan liar dan tumbuahan eksotik hutan hujan tropika. Waktu terbaik melawat Tasik Bera adalah musim hujan kerana tasik ini akan menjadi lubuk pancing terbaik selepas hujan lebat.

Gunung Ledang , Tangkak johor

9/01/2017
GUNUNG LEDANG , JOHOR 


            Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Tangkak, johor, Amlaysia . Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan,melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat selat melaka dan Sumatera, Indonesia 


Related image
                                                                      Gunung Ledang 




         Air Terjun Gunung Ledang 

                    Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesis tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutanDipterokarp bukit dan hutan Dipterokarp sungai. Di puncak gunung ini terdapat stesen pemancar TV dan radio.Stesen pemancar di sini dikhususkan bagi penduduk di Utara Johor, Melaka, bahagian barat daya Pahang dan sebahagian selatan Negeri Sembilan.



                                                                                 
    Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini. Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas,menarik pedagang sehingga sejauh Grecee dan China. Dalam kurun ke-14,pelayar Cina yang berulang-alik di selat melaka  memanggil gunung tersebut sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud 'Gunung Emas' (Golden Mountain). barangkali dari perkataan Hokkien atau Taiwan kim, atau dalam karakter bermaksud emas dan sua, atau karakter bermaksud gunung. Satu sumber lain mengatakan bahawa  orang jawa ketika pemerintahan empayar majapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud 'gunung dari jauh' atau 'gunung paling jauh'.

Hutan Simpan Mata Ayer , Perlis

9/01/2018
 fauzanaaaa97@gmail.com
        
               TARIKKAN ALAM SEMULA JADI DI HUTAN SIMPAN MATA AYER?... 


Taman Negeri Perlis yang mempunyai pelbagai keistimewaan yang tersendiri, taman negara Perlis ialah satu destinasi pelancongan alam semula jadi yang paling menarik di perlis. Ia terletak di Banjaran Nakawan yang terdiri di bukit bukit batu kapur yang cantik dengan cerun hutan.

                                 

Taman Negeri perlis terdiri daripada hutan simpan mata ayer. Merangkumi keluasan kira-kira 5000hektar. Ia kaya dengan pelbagai spesisi tumbuh tumbuhan termasuk herba, binatang liar seperti monyet, burung dan serangga. Tarikkan terbaru terbaru ditaman ini ialah penemuan lapas spisis burung enggang , atau kenyalang.

Frim Conopy Walk 

Keistimewaan FRIM Mata Ayer ialah ia terletak dikawasan hutan Monsun Tropika, Satu-satunya hutan jenis ini yang ada di semenanjung Malaysia. Selain itu, Conopy Walk, pelbagai aktiviti lain boleh dilakuan. Pengunjung boleh melawat Galeri jati, kawasan tanaman pokok jati seluas 455 hektar guesthouse.Ia adalah salah satu destinasi percutian alam semula jadi di Perlis yang cukup menarik! ''JADI NIKMATI CUTI ADA DENGAN ALAM SEMULA JADI YANG INDAH INI''









Taman Taman Negara Di Sarawak, Malaysia

9/01/2018

                                                             Taman Negara Bako
              Terletak 37 km dari Kuching , Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal yang utama di Sarawak Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara, ia mempunyai hampir kesemua spesis tumbuhan yang dapat dijumpai di Bornea.
Monyet Protoboscis yang hanya dapat dilihat di Borneo mungkin menjadi tumpuan di antara haiwan liar, tkxjhhllketapi lain kata, jika adanya Monyet Macaque, Monitor lizards dan tupai. Taman itu merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda serta yang bernasib boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba dilindungi sepenuhnya di negeri ini.
Taman Negara Bako hanya akan sampai selepas menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia telah dilindungi sejak 1057 supaya hidupan liar tidak akan terancam.

                                          Taman Negara Gunung GadingGunung Gading

                                         Merupakan sebuah gunung di Sarawak Terdapat sebuah hutan simpanan di kaki gunung Gading. Gunung Gading terletak sekiatr dua jam memandu  80km sebelah barat bandar Kuching, berhanpiran bandar bandar persisiran Lundu. Ia memiliki hutan simpanan yang digezet pada tahun 1983, bagi melindungi bunga Pakma ("Rafflesia") yang tumbuh di sana, dan yang menjadikan taman tersebut terkenal.

                                                                Taman Negara Lambir

               Taman Negara Bukit Lambir merupakan sebuah taman negara yang terletak di Miri, Sarawak. Ia terletak hanya sekitar 40 minit perjalanan dari Miri. Taman Negara Bukit Lambir memiliki satu ekosistem semulajadi yang pelbagai dan kompleks. Di Taman Negara Bukit Lambir terdapat kawasan hutan dipterokarpa tanah rendah dengan keluasan sekitar 6,952 hektar yang melitupi kawasan sehingga ketinggian 450 meter. Keluasan hutan ini dan dan perbezaan ketinggiannya membolehkan ia menampung tahap biodiversiti tumbuhan antara yang tertinggi di dunia.
                                                   
Taman Negara Gunung Mulu
               Taman Negara Gunung Mulu yang terletak di sebelah utara negeri Sarawak, merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia, khasnya di Sarawak.
Taman Negara Mulu merupakan salah satu kawasan batu kapur yang paling diselidik di dunia. Kawasan taman seluas 52,864-hektar mengandungi tujuh belas zon tumbuhan, menampilkan sekitar 3,500 spesies tumbuhan vaskular. Spesies palm di situ amat kaya dengan 109 spesies dari dua puluh genus telah dijumpai. Taman Negara ini dihiasi oleh Gunung Malu yang merupakan gunung batu pasir setinggi 2,377 meter. Sekitar 295 km gua yang telah diterokai memberikan pemandangan yang menakjubkan dan turut merupakan gua kediaman kepada berjuta kelawar dan kelawar. Kamar Sarawak yang seluas 600 meter X 415 m dan setinggi 80 m, adalah kamar gua terbesar di seluruh dunia yang diketahui
                                                             Taman Negara Niah Sarawak

                 Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri Sarawak, Sarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.
Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terembu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.
Taman Negara Similajau

                   Taman Negara Similajau ialah pusat pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna yang terletak di semilajau, Bahagian Bintulu, sarawak, Malaysia. Letaknya kira-kira 30 km dari bandar Bintulu.

Garden Lavendar , Cameron Highland , Pahang

 9/01/2018
 fauzanaaaa97@gmail.com

                            UNGU NYA LAVENDAR :)  


          Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di pahang, Malaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C.
                                        
          Terletak di bahagian barat laut negeri Pahang, jarak Cameron Highlands dengan beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur dianggarkan sejauh lebih kurang 200 kilometer, 355 kilometer dari Kuantan atau 90 kilometer dari bandar Ipoh, Perak. Cameron Highlands boleh diakses dengan menggunakan kenderaan sama ada melalui tapah atau Simpang Pulai dari negeri Peark, melalui Gua Musang dari negeri Kelantan atau melalui Sungai Koyan dari negeri Pahang.


Disini juga menjual Ais Krim Berwarna Lavendar 

Taman  Lavendar, Cameron . Pahang 

Satu tarikkan pelancong di Cameron Highland iaitu Taman Bunga Lavendar. 


 Lavender Cameron - Terletak di Tringkap, taman yang dikenali sebagai Lavender Cameron ini boleh dilihat dengan jelas jika anda datang ke sini menggunakan jalan dari Simpang Pulai. 
Waktu Operasi. Setiap hari : 9 pg -6 ptg.
 Harga Tiket. Dewasa : RM 6. Kanak-kanak: RM 3

Gunung Kinabalu , Sabah

9/01/2018 
 fauzanaaaa97@gmail.com
                                                ''GUNUNG KINABALU SABAH''   
  
Tinggi-tinggi gunung kinabalu..
Tinggi lagi sayang sama kamu...
Biru biru hujung kinabalu ....
Tengok dari jauh hati saya rindu...

Kinabalu dekat di Kundasan 
Banyak sayur boleh pilih-pilih..
Apa guna perli luar negeri..
Naik Kinabalu..
Hati Saya rindu......


Negeri sabah adalah negeri kedua di Malaysia. Dalam sektor pelancongan. Sabah terkenal dengan alam semula jadi yang cantik dan juga kebudayaan pelbagai ektnik yang tinggal di negeri ini. 





                         Sabah, Negeri dibawah Bayu, adalah negeri terkenal dengan kecantikkan alam semula jadi. Gunung Kinabalu, iaitu gunung tertinggi di Malaysia terletak di Negeri Sabah,. Ia Menjadi tarikan para pendaki gunung dari seluruh malaysia dan juga luar negara. Hutan taman negara kinabalu telah disenarikan sebagai tapak warisan dunia kerana mempunyai Pelbagai spesis tumbuhan dan geologi. 


                    Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

Pantai Cenang, Kedah

9/01/2017

                                                   PANTAI CENANG , KEDAH

APA YANG MENARIK DI PANTAI CENANG ? 
         Pantai cenang iailah salah satu lokasi pelancongan yang sangat popular di Langkawi.Ia menjadi tumpuan kerana beberapa tarikkan disini.Pantai yang cantik dan landai serta resort yang banyak menjadikan lokasi pilihan pelancong. Bagi pengunjung yang menginginkan percutian yang menyeronokkan dan sesuasan ameriah diwaktu malam, inilah pilihan nombbor satu Anda!

ADA APA DI PANTAI CENANG ?

                                                                        Aktiviti Santai

Parasailing
                                                                          
                                                                     Banana Boat
                                                                       Laman Padi
                                                                    
                                                                          
Underwater World

                                                                      Shisha Night

  Go Kart
                                                                    
Banyak tarikkan dan kemudahan disini menjadi destinasi percutian yang pertama diLangkawi, bukan sahaja resort, chalet atau hotel penginapan yang selesa. Malahan aktiviti aktiviti yang menarik di pantai cenang ini juga antara mengapa destinasi pantai cenang menjadi pilihan pelancong malaysia bahkan pelancong asing. Kerana aktiviti pelancongan seperti mandi laut, banana boat, 'Go Kart', Sukan pantai dan  aktiviti laut turut juga ada. Bergitu juga dengan makanan , tempat tempat makanan yang belbagai turut disajikan. 

Crooked Forest , Di Barat Poland

 9/01/2018
 fauzanaaaa97@gmail.com      
                                        
 Crooked Forest  ? ....



              Di barat Poland berhampiran Gryfino, adalah hutan kira-kira 400 pokok-pokok pain yang tumbuh dengan bengkok 90 darjah di bahagian pangkal batang .Pokok melengkung ini telah dinamakan sebagai "Crooked Forest". Cara batang yang melengkung dan bengkok ke arah yang sama - utara - punca kelengkungan kelihatan seperti buatan manusia yang bertentangan dengan alam semula jadi. Ianya adalah dikatakan bahawa pokok-pokok telah dibentukkan untuk membesar selama tujuh atau sepuluh tahun. 


BIODATA  CROOKED FOREST 

NAME                   : Pokok Bengkok,Bush Bengkok,Pokok Bengkok atau Pokok Bengkok Alticane
USIA POKOK       : 7 KE 10 TAHUN 
SEJENIS POKOK : Pokok aspen yang bergetar jenis Populus tremuloides Michx.
PERTEMUAAN    : Di Saskatchewan,Kanada. Mereka dijumpai kira-kira dua puluh kilometer utara-barat-barat bandar Hafford,Saskatchewan dan hanya lebih dari lima kilometer di barat daya Alticane.


Air Terjun Hutan Lipur Kanching!!!!


   ''Air Terjun Hutan Lipur Kanching''

          Air terjun Kanching yang terletak di Hutan Lipur Kanching, Rawang, Selangor . Hutan ini diuruskan sepenuhnya oleh  Jabatan Perhutanan Selangor. Air terjun ini menjadi tempat sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga setelah penat bekerja. Berjalan-jalan sambil menikmati keindahan flora dan fauna ciptaan-NYA pastinya akan menghilangkan seketika kepenatan hiruk pikuk kota raya. 



Air terjun Kanching mempunyai tujuh tingkat air terjun. Bagi pencinta alam sekitar dan penggemar aktiviti lasak, anda boleh mencuba untuk mendaki ke puncak tertinggi untuk menikmati pemandangan yang indah disamping merasai kesejukan airnya yang pasti menyegarkan. Pemandangan di setiap tingkat ini begitu cantik , deruan air terjun , keriuhan dan kecantikan flora dan fauna begitu memukau para pengunjung.

Segala kemudahan seperti kedai makan , parkir kereta dan persalinan baju segalanya telah disediakan bagi para pengunjung dan pelancong yang datang ke Air Terjun Kanchiing ini.



Bukan itu sahaja Air terjun ini juga menyedia aktiviti sukan pada pengemar aktiviti ''Extrem''  seperti trail untuk trekking. Pada mereka yang pernah pergi sudah pastinya akan datang kembali untuk merasi keindahan ''forest'' Air terjun disini. Pada anda yang belum pernah kesini anda diwajibkan datang untuk merasai sendiri keindahan alam Air terjun disini.

 So tunggu apalagi? MARI!! MARI!!!!


Taman Tasik Shah Alam

9/01/2018
fauzanaaaa97@gmail.com
Taman Tasik Shah Alam Seksyen 2

Bandar Shah Alam mempunyai pelbagai tempat rekreasi yang menarik. Walaupun dikelilingi bangunan tinggi dan dicemari dengan hiruk pikuk kenderaan yang tak pernah putus,bandaraya Shah Alam terkenal dengan tarikan tasiknya. Taman Tasik Shah Alam terdapat landskap yang indah dan menghijau, kawasan seluas 43 hektar ini turut menjadi habitat kepada hidupan air tawar dan burung undan, sememangnya ketenangan boleh didapati di Taman Tasik Shah Alam. Tasik Shah Alam ni berdekatan dengan bangunan PKNS,dan selalunya jadi port budak2 UiTM dan UniSEL.
              Banyak Aktiviti yang menarik di sini yang boleh mengisi hujung minggu anda bersama sama mereka yang tersayang. Antara sebahagian menarik yang boleh saya kongsikan adalah :)


Mengayuh Itik Mengelilingi Seluruh Tasik

Kalau tak mahu berkayak dan inginkan suasana yang lebih romantik, boleh pilih untuk menaiki bot itik..alah yang kayuh2 tu.. :)

  Menaiki Bot 

Mendayung Sampan Sambil Meninjau Sekitar Tasik 

Taman Permainan Bagi Kanak-Kanak

Aktiviti Berkayak Disekitar Tasik S.A

*Bagi yang gemar berkayak*, anda boleh juga berkayak di sini dengan kadar bayaran mengikut masa.
Antara kemudahan yang ada di tasik ni ialah trek jogging, restoran dan kafe, taman permainan kanak-kanak,kawasan rehat dan tempat parkir kereta dan motosikal.Suasana di sini memang damai dan menenangkan...sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan di kota Shah Alam.


'' AYUH! CERIAKAN HARI MINGGU MU ISIKAN MASA MU YANG BERMAKNA ITU BERSAMA KELUARGA UNTK BERAMAI RAMAI MELAKUKAN AKTIVITI SANTAI PETANG DI TASIK SHAH ALAM SEKSYEN ''

Matahari Terbenam di Bali , Indonesia

9/01/2018
                   Pantai merupakan salah satu tempat dimana kita boleh menyaksikan fenomena terbitnya (sunrise) dan terbenamnya matahari (sunset). Kedua fenomena ini ditunggu-tunggu oleh pelancong yang datang ke pantai. Tidak semua pantai boleh menyaksikan kedua keindahan terbit dan tengelamnya matahari, ada pantai yang khusus dapat melihat matahari terbit dan ada pantai yang khusus dapat melihat matahari tenggelam, bahkan ada pantai yang bisa menyaksikan kedua fenomena itu.




Pulau Bali merupakan tempat menyaksikan fenomena matahari terbit dan matahari tenggelam.Ada banyak spot-spot pantai untuk melihat fenomena ini.Antara pantai pantai di Bali,Indonesia ini yang boleh dikongsikan pada mereka yang mencintai alam ;)
Pantai Mertasari
Pantai Tegal Wangi
Pantai Suluban
Pantai Candidasa
 Pantai Lovina
*ini adalah nyata!!! dimana Pantai Lovina ,Bali Utara ,Indonesia ini menyedakan keindahan atraksi lumba-lumba di pagi hari di laut secara bebas. Selain boleh melihat atraksi dolpin kita juga bisa menyaksikan terbitnya sang suria dengan indahnya. Sama seperti pantai mertasari dan pantai Candidasa selain itu,kita boleh menyaksikan keindahan matahari terbit,di pantai ini juga boleh menyaksikan matahari tenggelam. 

Kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan

Keperluan hidupan manusia semakin bertambah dan pelbagai kegiatan dilakukan untuk memenuhi keperluan-kelerluan tersebut. Hutan di tebang un...