Thursday, 11 January 2018

FRIM KEPONG

Image result for frim kepong adalah


Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) adalah antara institusi yang terkemuka dalam penyelidikan perhutanan tropika di dunia. 

Ditubuhkan pada 1929, FRIM yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan menjadi sebuah badan berkanun sepenuhnya dengan ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) di bawah Kementerian Perusahaan Utama pada 1985. 

Sejak 2003, MFRDB dan FRIM dipindahkan ke bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Mulai 1 Oktober 2016, Akta FRIM telah dikuatkuasakan dan MFRDB digantikan oleh anggota Institut dengan tambahan empat orang wakil dari sektor korporat untuk membantu dalam usaha komersialisasi.

Image result for frim kepong adalah
Aktiviti-aktiviti penyelidikan FRIM dikendalikan mengikut bidang yang berikut:
  • Perhutanan dan Alam Sekitar: Membangunkan teknologi dan menyediakan penyelesaian untuk menyokong dan memastikan pengurusan mampan sumber dan perkhidmatan ekosistem hutan asli, bandar dan rekreasi.
  • Bioteknologi Perhutanan: Membangunkan teknologi dan produk berasaskan sumber kepelbagaian biologi (biodiversiti) hutan dan ladang herba untuk industri berkaitan melalui pendekatan bioteknologi.
  • Keluaran Hutan: Memberi tumpuan kepada pembangunan penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi (R,D&C) ke arah peningkatan ketahanan, hayat perkhidmatan dan penggunaan sumber kayu dan bahan-bahan lignoselulosa sedia ada untuk menghasilkan pelbagai produk yang berkualiti dan bernilai tambah tinggi.
  • Biodiversiti Hutan: Menyediakan dan membangunkan pengetahuan saintifik yang penting bagi melindungi biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem di Malaysia untuk pengurusan bijak dan mampan.
  • Hasilan Semula Jadi: Menyokong agenda bioekonomi negara melalui pemerkasaan industri berasaskan produk semula jadi dengan memastikan keselamatan bekalan bahan mentah bioaktif.
  • Ekonomi dan Analisis Strategik, dan Perhutanan Sosial: Menjalankan penyelidikan sosioekonomi dan analisis strategik mengenai isu-isu perhutanan dan alam sekitar untuk pembangunan negara.
Related image

Image result for frim kepong adalah



FRIM juga merupakan salah satu destinasi ekopelancongan yang paling popular di Malaysia. Kampus utamanya di Kepong menawarkan pelbagai tarikan dan aktiviti rekreasi untuk pengunjung termasuk jelajah denai alam, mandi air terjun, aktiviti pendidikan alam, tapak perkhemahan dan perkelahan, taman botani dan arboreta.

No comments:

Kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan

Keperluan hidupan manusia semakin bertambah dan pelbagai kegiatan dilakukan untuk memenuhi keperluan-kelerluan tersebut. Hutan di tebang un...