bunga reflesia adalah bunga yang terkenal dengan keunikannya kerana dikenali sebagai antara bunga yang paling berharga yang ada di dunia.
Bunga Rafflesia ialah tumbuhan berbunga tunggal yang terbesar di dunia
dan hanya dapat ditemukan di beberapa tempat di dunia ini.
Bunga Rafflesia diperkenalkan dalam dunia saintifik oleh Sir Stamford
Raffles (Gabenor Syarikat India Timur), Lady Sophia Raffles dan Dr.
Joseph Arnold (naturalis dan ahli fizik) apabila bunga ini ditemukan
pertama kali pada tahun 1818 di Bengkulu, Sumatera, Indonesia.
Bunga yang ditemukan ini dikenali sebagai Rafflesia arnoldii, iaitu
bersempena dengan nama penemunya. Tumbuhan ini dikatakan sebagai antara
tumbuhan yang paling unik yang ada di dunia. Tumbuhan ini juga hanya
dapat ditemukan di kawasan hutan hujan Asia Tenggara, iaitu Malaysia,
Indonesia, Filipina dan Thailand. Hutan hujan tropika ialah kediaman
pelbagai jenis tumbuhan menarik untuk dikaji selidik, selain menjadi
tatapan pelancong.
Bunga Rafflesia ialah tumbuhan parasit yang hidup menumpang di pokok
lain. Hal ini bermakna makanan dan nutrien tumbuhan ini diperoleh
daripada perumahnya. Dari segi fizikal, bunga ini tidak mempunyai daun
dan klorofil yang biasanya digunakan oleh kebanyakan tumbuhan untuk
proses fotosintesis bagi penghasilan makanan. Bunga Rafflesia juga tidak
berakar untuk tujuan penyerapan air.
No comments:
Post a Comment