Thursday, 11 January 2018

PENTINGNYA MENJAGA ALAM SEKITAR

Alam sekitar termasuklah segala benda hidup dan juga bukan hidup  yang terdapat secara semula jadi di bumi atau sebahagian daripadanya. Terdapat beberapa komponen utama dalam alam sekitar. Yang pertama ialah ia merupakan unit landskap yang berperanan sebagai system semula jadi tanpa campur tangan manusia, termasuk flora dan fauna, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku seperti gempa bumi, letupan gunung api, tsunami dan lain-lain. Ia juga merupakan sumber semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti iklim, air, udara, sinaran, cas elektrik, kemagnetan, sertatenaga yang tidak terlibat hasil daripada aktiviti manusia.

      Alam sekitar memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan harian kita semua. Kehidupan manusia dengan alam sekitar adalah saling bergantung. Satu suasana yang selesa dan menyamankan dapat dicapaikan sekiranya alam sekitar tidak dicemar. Selain daripada memberi keselesaan kepada manusia, ia juga akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sedikit sebanyak jikalau alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik atau sistematik. Jika berlakunya kemusnahan alam sekitar akan memberi kesan yang amat serius terhadap kehidupan manusia. Ini menunjukkan kepentingan manusia terhadap alam sekitar dengan jelas.

     Antara kepentingannya ialah kesihatan manusia dapat dijamin, memberi tarikan kepada pelancong asing, pembekalan udara yang segar, ekosistem yang stabil, habitat hidupan sama ada darat atau laut dapat terpelihara, dan mengelakkan kepupusan flora dan fauna.

      Keadaan alam sekitar yang bersih dapat menjamin kesihatan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana alam sekitar membekalkan udara kepada manusia. Kesihatan manusia akan terjejas jikalau hidup dalam persekitaran yang kurang bersih. Sebagai buktinya, pembuangan sampah-sarap ke dalam longkang, parit, sungai terutamanya di bandar raya telah memudahkan pembiakan bakteria.

      Selain itu, memberi tarikan kepada pelancong asing untuk melawat ke negara kita. Negara kita iaitu Malaysia agak kenal dengan pelancongan eko. Pelancongan eko merupakan pelancongan yang berkaitan dengan alam semula jadi. Ia mewujudkan insentif yang jelas untuk melindungi alam sekitar kerana hasil keuntungan negara bergantung kepadanya.

     Alam sekitar merupakan pembekal udara yang segar. Pokok-pokok membekalkan kita udara yang segar. Kebersihan dan kesegaran udara menyumbangkan kita pernafasan yang sihat, udara yang berkandungan oksigen tinggi amat diperlukan oleh manusia untuk menyegarkan badan kita. Tetapi manusia tidak menghargainya malahan memusnahkan mereka demi menjalankan pembangunan yang tidak terhad. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pencemaran udara, contohnya kesan rumah hijau, jerebu, banjir kilat dan sebagainya.


     Alam sekitar juga merupakan habitat hidupan sama ada darat ataupun laut. Satu alam sekitar yang harmoni membolehkan kediaman hidupan darat dan laut terpelihara. Tetapi, pembangunan yang amat pesat mengakibatkan penerokaan hutan yang tanpa kawalan. Hal ini telah memusnahkan habitat semula jadi haiwan, menyebabkan haiwan-haiwan terpaksa mencari habitat yang baharu dan kadang kala terpaksa menceroboh ke kawasan penempatan manusia untuk mencari makanan.

Akhir sekali, alam sekitar yang diuruskan dengan sistematik dapat mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Masalah pembalakan haram yang kian serius mengakibatkan kepupusan flora dan fauna. Demi mendapatkan keuntungan mereka sanggup menjalankan pembalakan haram di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpanan dan taman negara. Pihak yang berkuasa haruslah melaksanakan langkah-langkah dengan cekap dan efektif untuk menjaga flora dan fauna yang hampir pupus.

      Kesimpulannya, alam sekitar adalah sangat penting kepada kita semua. Semua pihak haruslah bekerjasama untuk menyelamatkan alam sekitar ataupun boleh dikatakan bumi yang kami cintai yang semakin teruk πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’—πŸ’“





2 comments:

Hafizi Hafiz said...

thank you for the info, lepas ni spm saya A la hahahaha

aliah04 said...

ohhh

Kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan

Keperluan hidupan manusia semakin bertambah dan pelbagai kegiatan dilakukan untuk memenuhi keperluan-kelerluan tersebut. Hutan di tebang un...