Tuesday, 9 January 2018

Gunung Bagan Datoh, PERAK

GUNUNG BAGAN DATUK , PERAK

        
            Gunung Datoh merupakan puncak tertinggi di daerah Perak, dengan ketinggian 884 meter, menjadi lokasi riadah bagi mereka yang gemar mendaki gunung.
Selain Gunung Datoh, Perak juga mempunyai lapan gunung, bagaimanapun Gunung
Datuk adalah yang paling popular berikutan mempunyai flora dan fauna yang belum tercemar, dan keindahan alam semula jadi.

        Mengambil masa sekitar dua jam untuk sampai ke puncak, kebanyakan mereka gemar mendaki pada awal pagi untuk melihat matahari terbit.


          Gunung Datok mempunyai hutan Dipterokarp bawah dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Ia merupakan sebuah gunung yang sering menjadi destinasi pendaki gunung.
Sinonim Dengan Kelapa Bagan Datoh atau lebih sinonim dengan panggilan Bagan Datok oleh masyarakat setempat, merupakan sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 40 km dari Bandar Teluk Intan. Kesuburan tanah di Bagan Datoh Perak telah menjadikan penempatan ini cukup terkenal dengan tanaman kelapa di seantero negara. 

                         Keadaan geografi dan jenis tanah yang terdapat di Bagan Datoh telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi kepada penduduk setempat. Tidak kena rasanya sekiranya mengetepikan cerita industri kelapa di Bagan Datoh kerana sejak 1900 lagi, Bagan Datoh berada dalam industri kelapa yang begitu menggalakkan ketika itu. Malahan sehingga ke hari ini, panorama rumah dikelilingi dengan pepohon kelapa yang tinggi melambai. Selain itu, tentunya produk berasaskan kelapa yang giat diusahakan penduduk setempat turut menjadi identiti baru bagi Bagan Datoh. Selain daripada pertanian, terdapat juga beberapa sumber lain yang menyumbang kepada ekonomi penduduk Bagan Datoh.   

No comments:

Kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan

Keperluan hidupan manusia semakin bertambah dan pelbagai kegiatan dilakukan untuk memenuhi keperluan-kelerluan tersebut. Hutan di tebang un...