Wednesday, 10 January 2018

Gunung Ledang , Tangkak johor

9/01/2017
GUNUNG LEDANG , JOHOR 


            Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Tangkak, johor, Amlaysia . Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan,melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat selat melaka dan Sumatera, Indonesia 


Related image
                                                                      Gunung Ledang 




         Air Terjun Gunung Ledang 

                    Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesis tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutanDipterokarp bukit dan hutan Dipterokarp sungai. Di puncak gunung ini terdapat stesen pemancar TV dan radio.Stesen pemancar di sini dikhususkan bagi penduduk di Utara Johor, Melaka, bahagian barat daya Pahang dan sebahagian selatan Negeri Sembilan.



                                                                                 
    Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini. Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas,menarik pedagang sehingga sejauh Grecee dan China. Dalam kurun ke-14,pelayar Cina yang berulang-alik di selat melaka  memanggil gunung tersebut sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud 'Gunung Emas' (Golden Mountain). barangkali dari perkataan Hokkien atau Taiwan kim, atau dalam karakter bermaksud emas dan sua, atau karakter bermaksud gunung. Satu sumber lain mengatakan bahawa  orang jawa ketika pemerintahan empayar majapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud 'gunung dari jauh' atau 'gunung paling jauh'.

No comments:

Kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan

Keperluan hidupan manusia semakin bertambah dan pelbagai kegiatan dilakukan untuk memenuhi keperluan-kelerluan tersebut. Hutan di tebang un...