Wednesday, 10 January 2018

Taman Taman Negara Di Sarawak, Malaysia

9/01/2018

                                                             Taman Negara Bako
              Terletak 37 km dari Kuching , Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal yang utama di Sarawak Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara, ia mempunyai hampir kesemua spesis tumbuhan yang dapat dijumpai di Bornea.
Monyet Protoboscis yang hanya dapat dilihat di Borneo mungkin menjadi tumpuan di antara haiwan liar, tkxjhhllketapi lain kata, jika adanya Monyet Macaque, Monitor lizards dan tupai. Taman itu merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda serta yang bernasib boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba dilindungi sepenuhnya di negeri ini.
Taman Negara Bako hanya akan sampai selepas menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia telah dilindungi sejak 1057 supaya hidupan liar tidak akan terancam.

                                          Taman Negara Gunung GadingGunung Gading

                                         Merupakan sebuah gunung di Sarawak Terdapat sebuah hutan simpanan di kaki gunung Gading. Gunung Gading terletak sekiatr dua jam memandu  80km sebelah barat bandar Kuching, berhanpiran bandar bandar persisiran Lundu. Ia memiliki hutan simpanan yang digezet pada tahun 1983, bagi melindungi bunga Pakma ("Rafflesia") yang tumbuh di sana, dan yang menjadikan taman tersebut terkenal.

                                                                Taman Negara Lambir

               Taman Negara Bukit Lambir merupakan sebuah taman negara yang terletak di Miri, Sarawak. Ia terletak hanya sekitar 40 minit perjalanan dari Miri. Taman Negara Bukit Lambir memiliki satu ekosistem semulajadi yang pelbagai dan kompleks. Di Taman Negara Bukit Lambir terdapat kawasan hutan dipterokarpa tanah rendah dengan keluasan sekitar 6,952 hektar yang melitupi kawasan sehingga ketinggian 450 meter. Keluasan hutan ini dan dan perbezaan ketinggiannya membolehkan ia menampung tahap biodiversiti tumbuhan antara yang tertinggi di dunia.
                                                   
Taman Negara Gunung Mulu
               Taman Negara Gunung Mulu yang terletak di sebelah utara negeri Sarawak, merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia, khasnya di Sarawak.
Taman Negara Mulu merupakan salah satu kawasan batu kapur yang paling diselidik di dunia. Kawasan taman seluas 52,864-hektar mengandungi tujuh belas zon tumbuhan, menampilkan sekitar 3,500 spesies tumbuhan vaskular. Spesies palm di situ amat kaya dengan 109 spesies dari dua puluh genus telah dijumpai. Taman Negara ini dihiasi oleh Gunung Malu yang merupakan gunung batu pasir setinggi 2,377 meter. Sekitar 295 km gua yang telah diterokai memberikan pemandangan yang menakjubkan dan turut merupakan gua kediaman kepada berjuta kelawar dan kelawar. Kamar Sarawak yang seluas 600 meter X 415 m dan setinggi 80 m, adalah kamar gua terbesar di seluruh dunia yang diketahui
                                                             Taman Negara Niah Sarawak

                 Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri Sarawak, Sarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.
Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terembu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.
Taman Negara Similajau

                   Taman Negara Similajau ialah pusat pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna yang terletak di semilajau, Bahagian Bintulu, sarawak, Malaysia. Letaknya kira-kira 30 km dari bandar Bintulu.

2 comments:

Lisa said...

interesting! ❤

Zalikha said...

good blogg!!!!

Kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan

Keperluan hidupan manusia semakin bertambah dan pelbagai kegiatan dilakukan untuk memenuhi keperluan-kelerluan tersebut. Hutan di tebang un...