Monday, 8 January 2018

Bukit Fraser, Pahang


Bukit Fraser terletak di negeri pahang, di atas Banjaran Titiwangsa , Malaysia. Ia merupakan kawasan perlancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.



Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga . Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tidak ada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan , banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki.Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun berasingan.Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu.Menariknya tandas awam beroperasi 24jam dan bersih.

jangan lupa datang ke Fraser Hill, Pahang :")))

Why "Nature Lovers" are healthier, happy and creative

  Reasons why "Nature Lovers" are healthier, happy and creative.

                                                    Image result for nature people


     Nature is the strongest source of anti-depression. The closer we are to nature, the more we will feel calm and peaceful. In fact, environmental awareness makes one able to strengthen the body's defense system. Green plants produce a kind of chemical called phytoncides to protect themselves from insects and decay. Interestingly, when humans sniff this material, it increases the number of cells in the body while enhancing the body's defense system.

     In addition, nature can quickly remove calories. For example, If you like hiking activities, do you know you can get rid of up to 500 calories when running within 60 mins? So lets keep healthy :)

     Moreover, nature also makes our brain becomes sharper compared to the time spent on seeing a cell phone or computer a day, when you go out and walk the sights, the brain will become more developed.

     So, lets make some time to visit the national park, walk in the jungle and enjoy the beautiful panoramic views around you if you want to be healthier, calmer, happier and more creative <3



Taman Orkid , Kuala Lumpur

Lokasi:
Taman Orkid Kuala Lumpur

Alamat:
Jalan Cendearawashi,
Tasik Perdana,
50480 Kuala Lumpur

Masa Lawatan:
9.00 pagi – 6.00 petang (Setiap Hari)


Perjalanan diteruskan menuju ke Taman Orkid KL dan Taman Bunga Raya KL yang terletak bertentangan dengan Taman Burung Kuala Lumpur


                                                   Dataran Taman Orkid

Taman Tasik Perdana

Bagi mereka yang tidak pernah pergi ke Taman Tasik perdana , cubalah datang kesini kerana  kawasannya yang dipenuhi dengan kehijauan dan tasiknya yang tenang.

Taman Tasik perdana juga menjadi tempat utama bagi para artis yang shooting disini kerana tempatnya yang cantik . bagi mereka yang menonton drama petang pastinya akan ternampak tempat ini .

Image result for taman tasik perdana

macamana ? mesti pernah lihat tempat ini dalam drama bukan ? buktinya kerana gubahan bunga-bunganya yang menimbulkan corak yang cantik membuatkan pengunjung gemar untuk datang ke sini . 

Image result for taman tasik perdana

Related image

Taman Tasik Perdana ini juga menjadi tempat untuk dijadikan gambar perkahwinan .

Image result for taman tasik perdana

Related image

Image result for taman tasik perdana




Taman Buaya Melaka


Taman Buaya Melaka mempunyai kira kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi. Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya pada setiap hari sabtu.

Tarikan terbaru di Taman Buaya yang menjadi salah satu tarikan utama kepada pengunjung ialah Taman permainan air.

Bayaran masuk:
Dewasa: RM10
Kanak-kanak: RM6

Waktu Operasi
Setiap Hari 9 pagi hingga 7 petang


                                      Image result for taman buaya melaka

                              Image result for taman buaya melaka

                                                       Image result for taman buaya melaka
Untuk Maklumat lanjut sila hubungi:
Taman Buaya Melaka
Pusat Perlancongan Ayer Keroh
Ayer Keroh 75450
Tel: 06-232234

Taman Metropolitan ,Kepong

Taman Metropolitan kepong merupakan taman rekreasi yang berdekatan dengan rumah saya.kebiasaan taman ini menjadi tempat untuk meluangkan masa-masa terluang bersama keluarga mahupun kawan-kawan rapat .

Tempat ini juga menjadi tumpuan para pengunjung untuk menjalankan aktiviti seperti jogging,bermain layang-layang dan wau kerana faktor angin yang menjadi tempat utama orang ramai untuk bermain.Terdapat juga gerai-gerai jualan yang disediakan bagi mempermudahkan pengunjung untuk membeli makanan smbil menjalankan aktiviti beriadah bersama keluarga bagi merapatkan hubungan kekeluargaan .

Image result for taman metropolitan kepong

Image result for taman metropolitan kepong

Image result for taman metropolitan kepong
layang-layang yang dijual disediakan bagi mereka yang gemar bermain.

Related image

Taman ini juga sering menjadi tempat bagi remaja yang gemar bermain roller blade .

Image result for taman metropolitan kepong

tasiknya yang tenang pada dasarnya mempunyai ikan-ikan yang banyak sekiranya pengunjung memberi makanan. hal ini juga merupakan faktor pungunjung gemar datang ke tempat ini .
kebiasaan tempat ini menjadi tempat bagi pasangan yang bercinta mahupun yang sudah berkahwin kerana  suasana tasiknya yang tenang.




Sungai Pah


     Assalamualaikum, hi!! Hari ni saya Nur Nasyirah Hani, salah seorang ahli group ni ingin berkongsi kat korang pasal sungai di kampung saya yang berada di Jelebu, Negeri Sembilan. Pada cuti sekolah yang lalu, ayah mengajak saya dan adik-beradik saya mandi di sungai tersebut. Orang kampung memanggil tempat itu, Sungai Pah. Di situ, kawan ayah saya, Encik Dollah ada membela kambing. Selepas itu, kami melawat kandang kambing dan bergambar dengan seekor kambing kesayangannya.

Ayah mengajar Wafi berenang menggunakan pelampung

Bergambar bersama kambing kesayangan Encik Dollah



Taman Botani Negara Shah Alam

Hi, Assalammualaikum semuaaa. harini sis nak cerita tentang pengalaman kami semua di Taman Botani Negara Shah Alam!!! sambil sambil final yang bakal tiba ni kami berempat plan pergi ke sini untuk  mengambil udara yang segar dan menenangkan fikiran :)))

ini adalah peta lokasi di taman botani negara shah alam. tiket masuk ke sini RM3 seorang


apabila sampai di destinasi kami menaiki bas yang disediakan dan terus pergi ke rumah 4 musim. waktu kami pergi adalah musim sejuk dengan bayaran tiket rm5 sahaja. 


Laman kelulut yang dipenuhi dengan bunga bunga 




di sini juga terdapat taman haiwan yang menarik perhatian ramai orang


akhir sekali, disini juga mempunyai bendang  atau kl kata sawah padi lahhhh hihi. nak pergi sawah padi jauh dkt Tanjong Karang dan KEDAH yang mengambil masa seharian untuk drive hahahah 
sekian sahaja dari saya tentang taman botani 

Gunung Irau,Cameron Highland

Gunung Irau merupakan gunung yang menjadi tarikan para pendaki yang cintakan keunikan gunung.Kebiasaannya,mereka yang gemar mendaki gunung mempunyai target-target dan misi-misi tertentu seperti ingin mengamalkan gaya hidup sihat serta menerokai keindahan alam disamping mampu menurunkan berat badan , mereka juga mampu mencari pengalaman melihat alam semula jadi .

Image result for gunung irau cameron highland





ini merupakan pengalaman kawan saya sendiri yang gemar menjalankan aktiviti mendaki gunung 

Taman Negara,Pahang

Taman Negara Pahang merupakan sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan. Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. 


Related image

Image result for taman negara pahang

Image result for taman negara pahang

Image result for taman negara pahang

bagi mereka yang menggemarkan aktiviti hiking or jungle trekking bolehlah datang ke taman negara kerana disini juga boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan tubuh badan serta menikmati keindahan hutan-hutan dan keistimewaan yang dipamerkan di Taman Negara ini. 


Rumah Panjang,Sarawak

Bagi mereka yang tidak mengenali identiti keunikan negeri Sarawak , rumah panjang merupakan imej kepada negeri ini yang tidak ada di negeri lain . kebiasaan rumah panjang dibina di tepi sungai yang menerapkan keindahan alam semula jadi yang mampu menjadikan tempat untuk mencari ketenangan fikiran .

Rumah panjang adalah tradisi kaum Iban yang terdiri daripada satu deret berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri dari segi keselamatan dan kebudayaan.
Seni bina rumah itu juga dikaitkan dengan dengan adat tradisi tempatan suku kaum masing-masing tanpa dipengaruhi masyarakat luar.
Malah Rumah panjang itu menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian dari Kepulauan Borneo.
Bumbungnya daripada daun rumbia dan jenis daun tebal. Dinding rumah berkenaan diperbuat daripada kulit kayu seperti terentang atau buluh yang dikelar serta dibelah.
Sementara lantainya pula menggunakan buluh, papan atau kulit kayu. Tangga rumah diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik dengan beliong dan dipanggil tangga takik.
Rumah panjang mempunyai 3 ruang iaitu tanju (serambi atau beranda terbuka), ruai (ruang terbuka) dan bilik.
Bahagian di atas bilik dan ruai dipanggil sadau (peran) sebagai tempat tidur anak dara di samping tempat menyimpan bijian dan perkakas.

Image result for rumah panjang sarawak

Related image

Kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan

Keperluan hidupan manusia semakin bertambah dan pelbagai kegiatan dilakukan untuk memenuhi keperluan-kelerluan tersebut. Hutan di tebang un...