Sunday, 31 December 2017
Bukit Jugra, Kuala Langat
Jugra terletak di daerah Kuala Langat, Selagor Malaysia. Antara lokasi berhampiran ialahPulau Carey , Kampung kanchong darat, Banting, Jenjarom dan Sungai Buaya dan Bandar. Jugra menghadap ke Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai Langat. Jugra meliputi kawasan Bukit Jugra, pantai Kelanang, Kampung Sungai Arak dan Kampung chodoi
Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1859-1898 Bukit Jugra telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor. Rumah api Bukit Jugra dibina di puncak Bukit Jugra. Sampan, perahu dan tongkang yang membawa bijih timah dari Kajang, Balakong, Hulu Langat, Semenyih dan lain-lain dibawa keluar melalui Sungai Langat dan membayar cukai di Jugra.
Bukit Jugra merupakan tempat strategik kerana berhampiran dengan laut, menghadap perairan Selat Melaka dan ingin dimajukan sebagai kota maritim. Bukit Jugra berasal dari sebuah perkampungan kecil Melayu yang bernama Tanjung Kera. Terdapat banyak kera di sini iaitu dari jenis primate hutan pantai. Kera tidak begitu sesuai dengan status baru kawasan istana lalu ditukar nama kepada Bandar Temasya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan
Keperluan hidupan manusia semakin bertambah dan pelbagai kegiatan dilakukan untuk memenuhi keperluan-kelerluan tersebut. Hutan di tebang un...
-
Tahukah anda kawasan yang mengalami iklim monsun tropika terletak di antara garis lintang 10◦U/S dengan 30U/S. Ini meliputi India, P...
-
bunga reflesia adalah bunga yang terkenal dengan keunikannya kerana dikenali sebagai antara bunga yang paling berharga yang ada di du...
No comments:
Post a Comment