Thursday, 21 December 2017
Press release
Selangor, 19 December 2017
NILAI KEMANUSIAAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT
Apakah kita faham tentang erti sebenar nilai kemanusiaan? Kerana berdasarkan apa yang Realiti kini adalah kita sudah pun berada di dalam satu era ketika teknologi sudah pun menjadi sebahagian daripada cara hidup, dan perkataan seperti robotik, teknologi nano yang menjadi bualan dalam kalangan masyarakat.
Kadangkala kami merasakan nilai kemanusiaan dalam diri manusia semakin berkurang. Mungkin kerana perubahan zaman yang moden, membantutkan penebalan nilai kemanusiaan. Nilai kemanusiaan yang adil dan beradab bermaksud erti kesedaran sikap dan perilaku sesuai dengan nilai-nilai moral dalam kehidupan kita.
Sebagai contoh, fenomena yang berlaku akhir-akhir ini apabila manusia hilang nilai kemanusiaan apabila melihat ada yang sanggup mengerat bayi sebelum dibuang ke dalam lubang tandas, mendera kanak-kanak bahkan orang tua yang tidak berdaya. Manusia semakin kejam dan ganas sehingga sanggup melakukan pelbagai perbuatan kejam seperti merogol, membunuh, membakar mangsa serta membuang mayat di merata tempat.
Menurut tokoh agama Profesor Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya, ciri-ciri masyarakat Islam yang kita idamkan, nilai-nilai kemanusiaan itu mesti dipandu oleh ilmu, amal dan iman. Di samping itu, manusia perlu hidup dalam perasaan kasih sayang dan persaudaraan dengan mengutamakan orang lain. Nilai-nilai ini mampu membentuk manusia menjadi insan yang mulia, beriman dan berakhlak serta sentiasa bahagia dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Sesungguhnya, sebagai manusia yang beriman terapkan dalam hati dan jiwa dengan nilai-nilai kemanusiaan bagi mengelakkan kezaliman dan kekejaman. Penuhi hati dengan Islam, iman dan ihsan dalam menjalani kehidupan seharian. Jadikan masyarakat Islam masyarakat yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi dan terpuji bagi menjadi contoh teladan kepada masyarakat lain khususnya yang bukan Islam
Maklumat perhubungan:
Nur Nasyirah Hani
nsyirahhani@gmail.com
0173278696
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan
Keperluan hidupan manusia semakin bertambah dan pelbagai kegiatan dilakukan untuk memenuhi keperluan-kelerluan tersebut. Hutan di tebang un...
-
Tahukah anda kawasan yang mengalami iklim monsun tropika terletak di antara garis lintang 10◦U/S dengan 30U/S. Ini meliputi India, P...
1 comment:
nice
Post a Comment