Selangor, 19 December 2017
NILAI KEMANUSIAAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT
Apakah kita faham tentang erti sebenar nilai kemanusiaan? Kerana berdasarkan apa yang Realiti kini adalah kita sudah pun berada di dalam satu era ketika
teknologi sudah pun menjadi sebahagian daripada cara hidup, dan
perkataan seperti robotik, teknologi nano yang menjadi bualan dalam kalangan masyarakat.
Kadangkala kami merasakan nilai kemanusiaan dalam diri manusia semakin berkurang. Mungkin kerana perubahan zaman yang moden, membantutkan penebalan nilai kemanusiaan. Nilai kemanusiaan yang adil dan beradab bermaksud erti kesedaran sikap
dan perilaku sesuai dengan nilai-nilai moral dalam kehidupan kita.
Sebagai contoh, fenomena yang berlaku akhir-akhir ini apabila manusia hilang nilai
kemanusiaan apabila melihat ada yang sanggup mengerat bayi sebelum dibuang
ke dalam lubang tandas, mendera kanak-kanak bahkan orang tua yang tidak
berdaya. Manusia
semakin kejam dan ganas sehingga sanggup melakukan pelbagai perbuatan
kejam seperti merogol, membunuh, membakar mangsa serta membuang mayat di
merata tempat.
Menurut tokoh agama Profesor Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya, ciri-ciri masyarakat Islam yang kita idamkan, nilai-nilai kemanusiaan
itu mesti dipandu oleh ilmu, amal dan iman. Di samping itu, manusia
perlu hidup dalam perasaan kasih sayang dan persaudaraan dengan
mengutamakan orang lain. Nilai-nilai ini mampu membentuk manusia menjadi insan yang mulia,
beriman dan berakhlak serta sentiasa bahagia dalam kehidupan di dunia
dan akhirat.
Sesungguhnya, sebagai manusia yang beriman terapkan dalam hati dan jiwa
dengan nilai-nilai kemanusiaan bagi mengelakkan kezaliman dan kekejaman.
Penuhi hati dengan Islam, iman dan ihsan dalam menjalani kehidupan
seharian. Jadikan masyarakat Islam masyarakat yang mempunyai nilai
kemanusiaan yang tinggi dan terpuji bagi menjadi contoh teladan kepada
masyarakat lain khususnya yang bukan Islam
Maklumat perhubungan:
Nur Nasyirah Hani
nsyirahhani@gmail.com
0173278696